Isnin, 22 November 2021

POKOK UBI KAYU MENJADI MAKANAN SURVIVAL ORANG ASLI

UBI KAYU MENJADI MAKANAN SURVIVAL ORANG ASLI

 POKOK UBI KAYU


 Assalamualaikum, dan salam sejahtera, ubi kayu ialah tumbuhan tropika dan subtropika yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi banggala,ubi belanda dan cassava
(Bahasa inggeris).  pokok ubi kayu banyak terdapat di negara kita (Malaysia). pokok ubi kayu juga dapat menghasilkan ubinya yang boleh dimakan dan pucuk sebagai sayuran.
Lazimnya pokok ubi kayu menjadi sumber makanan utama bagi masyarakat orang asli di negara ini(Malaysia) seketika dahulu.

Dalam bahasa orang asli kaum (semai) pula, Ubi kayu di panggil male. Yang bermaksud ubi kayu, menurut orang asli ubi kayu mempunyai banyak jenis antaranya cth:  male berangan,male pulut,male putih, male Mia dan banyak lagi. Sesetengah orang asli panggilan bagi ubi kayu dan nama adalah berbeza.

Pokok ubi kayu sangat senang untuk ditanam dan ia sangat mudah untuk hidup.Selain daripada makan ubinya, pucuk daun ubi kayu juga boleh di buat sayuran.Ubi kayu boleh di masak dengan pelbagai cara antaranya di rebus atau di bakar.Ia juga boleh di makan mentah begitu sahaja. Selain itu, ia juga boleh di buat kuih-muih atas pelbagai cita rasa dan kreativiti.

Utuk mengetahui lebih lanjut dengan ubi kayu, sila tinggalkan komen anda di ruangan komen atau ada sebarang tips perkongsian sila tinggalkan komen di ruangan komen. 

terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HERBA TRADISIONAL UBI JAGA

Ubi Jaga ada sejenis tumbuhan berakar yang banyak terdapat di negara ini (Malaysia). Ia banyak tumbuh di kawasan hutan khususnya.  Ubi jaga...