Bubu atau bubuk dalam bahasa Orang Asli kaum semai. Bubu adalah sejenis alatan menangkap ikan yang mampu memerangkap ikan. Ia seperti pagar yang menghalang ikan untuk keluar lalu memerangkap kedalamannya. bubu berbentuk segi tiga, namun banyak lagi jenis. Bubu di pasang di dalam air semalaman untuk menangkap ikan. Kebiasaannya ikan yang masuk ke dalamnya akan terperangkap dan tidak dapat keluar.
Asal-usul bubu tak dapat di kenalpasti dengan jelas. Namun dalam masyarakat orang Asli, bubu menjadi salah satu pencarian seharian mereka, ketika dahulu sejak turun temurun lagi. Orang Asli percaya bubu adalah memang berasal daripada hasil seni kreatif mereka sendiri. Bubu diperbuat daripada pokok khas yang ada di dalam hutan, yang di panggil pokok (muman) dalam bahasa Orang Asli kaum Semai. Mengikut Orang Asli Semai terdapat pelbagai nama bubu, antara bubuk, Kabom, Sering dan banyak lagi. Bubuk biasanya berbentuk segitiga.ia di pasang semalaman di dalam air dan biasanya di angkat pada pagi keesokannya. Manakala Kabom pula, dipasang di dalam air yang tenang dengan umpan ubi kayu, yang di perap di dalamnya untuk menarik ikan datang untuk makan, lalu terperangkap. Kabom berbentuk bulat bujur. Kabom berada di dalam air selama satu minggu atau ikut pada keinginan sendiri. Sering pula sama seperti bubu tetapi dia mempunyai dua bahagian dalam yang menyukarkan ikan untuk keluar.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bubu sila tinggalkan komen di bawah. Sekian terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan