Isnin, 14 Februari 2022

KEGUNAAN CENDAWAN SUSU RIMAU ATAU KULAT RIMAU

 

              CENDAWAN SUSU RIMAU

Cendawan susu rimau atau kulat rimau adalah sejenis tumbuhan yang hidup di dalam hutan. Dalam masyarakat Orang Asli pula susu rimau disebut kesmas yang bermaksud kulat rimau atau susu rimau. Cendawan susu rimau menjadi permintaan tinggi di sebabkan kebolehannya untuk merawat pelbagai jenis penyakit antaranya Demam, Selesema, menghalang penyakit kanser,Aasma,Batuk, Memecah pembengkakan bernanah. Selain dari minum airnya, ia juga boleh di asah dan airnya dibuat sapu pada payudara untuk mengurangi peradangan dan bengkak susu. Airnya juga boleh di minum.

Mengikut cara penggunaan masyarakat Melayu pula digunakan untuk mengubati barah darah, barah rahim, penyakit ulser usus, penyakit buah pinggang,dan bengkak-bengkak mata dan di seluruh badan.

Cara penyediaan sama ada dihiris atau dikisar untuk mendapatkan airnya untuk di minum dan juga untuk kegunaan sapu luaran. Ia juga boleh di masak untuk mendapatkan airnya seperti sup dan pelbagai lagi. Ikut pada cita rasa dan kreativiti masing-masing.



Untuk makluman lanjut anda boleh tinggalkan comment di bawah.

Jumaat, 11 Februari 2022

KEGUNAAN POKOK TONGKAT ALI

POKOK TONGKAT ALI


Pokok tongkat Ali adalah sejenis tumbuhan yang hidup di dalam hutan. Ia agak senang untuk dicari dan didapati. Pokok tongkat Ali sangat terkenal di sebabkan kebolehannya sebagai penawar kepada banyak jenis penyakit. Antara pening kepala, kurap,disenteri, bengkak, ketumbuhan,antiradang, dan  antioksida. 
Tongkat Ali juga dpat membntu lelaki yang mnghadapi masalah syahwat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tingkat Ali.
 Anda boleh comment di bawah ini.




Selasa, 8 Februari 2022

KENALI BUAH TAMPOI ATAU BUAH LARAH

                 BUAH TAMPOI @ LARAH

Buah tampoi adalah sejenis buah hutan yang boleh dimakan. Di dalamnya mempunyai 2 hingga 5 biji yang berwarna putih yang boleh dimakan. Rasa buah tampoi agak manis bila masak, dan rasa masam jika belum masak. Bila masak warnanya coklat agak kekuningan dan jika belum masak ia berwarna coklat pekat.

Nama lain buah tampoi adalah larah, dalam masyarakat Orang Asli kaum semai memanggilnya Adalah buah larah, biasanya ia boleh di dapati di dalam hutan berhampiran. Biasa Cara makannya sama ada di telan dengan bijinya sekali, atau di makan isinya saja. 

Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk video dibawah atau, tinggalkan comment anda untuk rujukan lanjut.


Facebookh

https//www.facebook.com/hutanrimbaofficial/


Ahad, 6 Februari 2022

MADU LEBAH DALAM BAHASA ORANG ASLI

                    MADU LEBAH

M4du Leb4h Merup4kan Sejenis ser4ngga terb4ng sosi4l yang hidup berkelompok d4n d4p4t mengh4silk4n m4du sert4 lilin leb4h.
 Lebah terdiri daripada banyak jenis.

      Lebah dalam bahasa Orang Asli kaum Semai di panggil Luei  yang bermaksud Lebah. Madu lebah juga adalah salah satu sumber makanan bagi Orang Asli seketika dahulu. Orang Asli memakan telur, larva, dan pupanya sekali. 
 
Video penuh
https://youtu.be/DpciVvMnVfk



Sebarang pertanyaan lanjut sila tinggalkan comment anda di bawah ini.

Subscribe YouTube Hutan Rimba
https://www.youtube.com/channel/UC-rIpRcnMGMYuejhRnUI0iA

Follow Facebook hutan rimba
https://www.facebook.com/HUANRIMBA/

HERBA TRADISIONAL UBI JAGA

Ubi Jaga ada sejenis tumbuhan berakar yang banyak terdapat di negara ini (Malaysia). Ia banyak tumbuh di kawasan hutan khususnya.  Ubi jaga...