Isnin, 14 Februari 2022

KEGUNAAN CENDAWAN SUSU RIMAU ATAU KULAT RIMAU

 

              CENDAWAN SUSU RIMAU

Cendawan susu rimau atau kulat rimau adalah sejenis tumbuhan yang hidup di dalam hutan. Dalam masyarakat Orang Asli pula susu rimau disebut kesmas yang bermaksud kulat rimau atau susu rimau. Cendawan susu rimau menjadi permintaan tinggi di sebabkan kebolehannya untuk merawat pelbagai jenis penyakit antaranya Demam, Selesema, menghalang penyakit kanser,Aasma,Batuk, Memecah pembengkakan bernanah. Selain dari minum airnya, ia juga boleh di asah dan airnya dibuat sapu pada payudara untuk mengurangi peradangan dan bengkak susu. Airnya juga boleh di minum.

Mengikut cara penggunaan masyarakat Melayu pula digunakan untuk mengubati barah darah, barah rahim, penyakit ulser usus, penyakit buah pinggang,dan bengkak-bengkak mata dan di seluruh badan.

Cara penyediaan sama ada dihiris atau dikisar untuk mendapatkan airnya untuk di minum dan juga untuk kegunaan sapu luaran. Ia juga boleh di masak untuk mendapatkan airnya seperti sup dan pelbagai lagi. Ikut pada cita rasa dan kreativiti masing-masing.



Untuk makluman lanjut anda boleh tinggalkan comment di bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HERBA TRADISIONAL UBI JAGA

Ubi Jaga ada sejenis tumbuhan berakar yang banyak terdapat di negara ini (Malaysia). Ia banyak tumbuh di kawasan hutan khususnya.  Ubi jaga...